Thursday 12 December 2013

RINDU..:'(

Apabila tamat sudah drama kami, hati ku riang tidak terkata. sudah hilang satu beban yang terpaksa dipikul sepanjang mengadakan drama. Tetapi aku akan kehilangan rakan rakan yang aku amat kasihi. Aku tidak dapat menyembunyikan rasa sedih dihati ini, mengapa aku berperasaan seperti ini??.. adakah aku amat menyayamgi kumpulan ini??.. ternyata bukan setakat sayang bahkan cinta pada kumpulan ini membuat aku merasa kehilangan yang amat besar apabila foundation English sudah tamat. Moga rakan rakan dapat mempelajari sesuatu dari kumpula ini iaitu kerjasama. Apabila kerjasama ada, maka semua kerja akan berjalan dengan lancar.:)
Terasa kerinduan memuncak apabila direnung kembali gambar gambar baik baik bersama sama menjalankan kerja bersama sama.:)

LOVE U ALL..:)

INCREDIBLE OF HULK ^-^

Alhamdullilah selesai juga drama yang paling awesome pernah kami jalani semua. Drama yang penuh dengan suka dan duka semasa pembikinanya. Aku amat terhibur dengan rakan rakan sekalian. Foundation English Set 41 merupakan kelas yang paling aku rindui apabila berakhir sudah isnin lepas. Aku mulai sedih sebab akan mulalah perpisahan antara kami semua. Aku tidak boleh melupakan saat susah dan senang bersama sama, aku menghargai kerjasama antara kalian semua..Aku cuba untuk tidak membenarkan air mata ini menitis, tetapi hati aku terlalu lembut untuk menapis semuanya..aku tidak cukup kuat untuk berpisah dengan rakan rakan yang telah dijalin 4 bulan lepas. Bagai telah terjalin sekian lama..
Aku telah belajar erti persahabatan sebenar di sini, aku mengerti mengapa pentingnya komitmen dalam kerja berpasukkan, aku mengerti betapa pentingnya semangat dalam membina sebuah keluarga.
drama Incredible of Hulk menyatukan semua.:) aku amat sayang pada semua.
Team yang amat aku rindui hingga saat ini. hati rasa sebak apabila mengenang kembali detik detik aku memarahi dan berjenaka apabila berlakon. terasa sekarang, betapa pentingnya rakan itu sebenarnya.:)

RAKAN BARU DI UKM

Jauh perjalanan, luas pemandangan. Itulah kata kata mutiara yang masih digunakan oleh masyarakat Malaysia sehingga hari ini, dan memang terbukti semakin jauh kita kita jelajah semakin banyak manfaat yang kita perolehi.:) Aku menggunakan kata kata mutiara iru sebagai pendorong aku untuk lebih bermotivasi pada msa hadapan.. Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) aku telah menemui sesesuatu yang baru iaitu "RAKAN" aku bagai terasa senang apabila berada disini kerana aku mudah untuk bergaul. Aku pun tidak tahu apakah yang mendorong aku sedemikian. Mungkin betullah kata orang,carilah kawan seramai yang mungkin kerana kawan yang akan berada disamping kita dimana kita susah atau senang. Maka sayangilah rakan rakan anda. Jangan jadi during dalam daging..





Rakan rakan adalah segala galanya.:) sayangilah rakan anda.:)

KHUSUS KEUSAHAWANAN USM

HAI..:)
Aku sini mahu mengimbau kembali khusus keusahawanan yang telah aku ikuiti selama hampir 4 hari di Universiti Sains Malaysia (USM). Apabila aku mendengar kolej aku akan membuat khusus itu, aku terus tanpa kata apa apa, terus memberi nama mahu ikut sekali. Bagi aku, aku bukan mahu pergi sana untuk berhibur tetapi aku ingin mendapatkan input yang amat berharga disana, aku mahu mendalami apakah keusahawann yang telah dilakukan oleh pelajar USM. Aku merasa tertarik dengan apa yang dilakukan oleh pelajar disana. Mereka walaupun kebanyakan pelajar sains, tetapi mereka dapat mendalami ilmu keusahawana lebih baik dari pelajar yang mendalami limu usahawan itu sendiri. Aku berasa bangga kerana ramai anak muda mahu berkecimpung dalam keusahawanan. Antara input yang aku dapat disana ialah, :
  1. Mengetahui masa itu emas
  2. Berani mengambil peluang
  3. Diri memainkan peranan yang penting dalam usahawan itu sendiri.
  4. Berani menanggung risiko.
Aku akan cuba aplikasikan apa yang digunakan oleh pihak USM dalam keusahawanan pada kolej aku KIY..:)





BADMINTON

Badminton merupakan sukan yang paling digemari oleh semua orang. Baik dewasa dan juga kanak-kanak. Aku jua merupakan salah satunya mengemari badminton, aku dari kecik lagi telah bermain badminton hinggalah sekarang. tetapi aku masih belum mencapai ke tahap yang memuaskan. Aku akan cuba lagi hingga sampai jadi yang terbaik.:)

UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER 1 KMS

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, ujian pertengahan semester 1 (UPS1) bakal menjelang tiba. Aku masih terpinga pinga, apa yang perlu aku lakukan sekarang ini. Aku tidak mengerti kenapa masa berlalu dgn pantas, aku mulai risau dan gemuruh. Aku merasakan aku tidak mampu melakukan yang terbaik memandangkan aku pertama kali mengambil matapelajaran ini. Dahulunya aku merupakan pelajar aliran sains tulen di sekolah. Disebabkan aku tidak dapat memberikan prestasi yang memberansangkan disekolah. Aku mula berfikir balik.. Akhirnya aku telah mengambil keputusan untuk bertukar aliran. Aku mengambil aliran akaun di matrik. Masa yang dinanti nantikan tiba, aku menduduki ujian pertengahan semester 1 dengan penuh debaran. aku mengharapakan apa yang aku pelajari dapat dijawab dengan mudah,:)
in shaa Allah:) rakan rakan aku telah banyak membantu dalam membimbing aku dalam pelajaran.:)
SAYANG SEMUA.






Wednesday 11 December 2013

DAFTAR KELAS

HAI...
Aku disini tidak menyangka aku perlu mendaftar sendiri jadual kelas. Aku merasa janggal apabila berbuat sedemikian. Tetapi hati aku lega apabila senior mengatakan budak first year tidak perlu mendaftar sebab pihak UKM telah mendaftarkan. Bila mereka mengatakan hati aku tidak lagi gelisah memikirkan.:) Tetapi perkara yang tidak dijangka berlaku apabila aku satu satunya pelajar yang tidak didaftarkan. Alasannya aku tidak mendaftarkan diri ke UKM pada 1 September 2013. Aku masa itu berasa sedih dengan perkara ini, kenapa aku dikata sedemikian.:( Padahal aku telah mendapat kad matrik dan telah pun menyerahkan fail biru kepada pihak berkenaan pada hari pendaftaran.
Rakan rakan lain selesa dengan kelas yang telah didaftarkan,aku pula sibuk ke hulu ke hilir pergi jumpa pegawai sana pegawai sini. Aku merasa hampir putus asa dengan apa yang menimpa aku. Berkat kesabaran aku menunggu sampai 3 hingga 4 pagi untuk mengisi nama di dalam kelas. akhirnya aku berjaya juga dalam sesi perebutan kekosongan kelas yang aku pohon.:) Aku bersyukur dengan apa yang aku perolehi walaupun aku lambat mendaftar.. Apa yang aku belajar dari semua ini ialah kita jangan berharap pada sesiapa. Kita perlu usaha sendiri untuk mendapatkannya:)